Shaheizy menunjukkan ujian kehamilan isterinya, Syattila. FOTO Ihsan IG Syatilla
Shaheizy menunjukkan ujian kehamilan isterinya, Syattila. FOTO Ihsan IG Syatilla
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Syatilla Melvin berkongsi khabar gembira apabila hamil sekali lagi selepas mengalami keguguran bulan lalu.

Syatilla, 27, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata berita gembira itu adalah hadiah buat suami yang juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam sempena ulang tahun ke-36 hari ini.

“Alhamdulillah, ini rezeki Allah. Sejujurnya, saya pun tidak menjangka cepat sangat sebab baru saja gugur bulan lalu.

“Diakui ketika itu saya berasa ‘down’ sangat. Tetapi, saya dan suami tidak berputus asa dan yakin boleh cuba lagi. Alhamdulillah, bulan ini Allah bagi kami lagi.

“Sempena ulang tahun kelahiran suami hari ini, doakan supaya anak dalam kandungan sihat sampai keluar melihat dunia nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla turut meletakkan #sumpahtakkomplotdengankakipaq (sumpah tak komplot dengan kakak ipar) iaitu Datin Zizie Ezzete yang turut hamil anak kedua.

Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran sebelum dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia 16 bulan.

Syatilla kemudian hamil anak kedua namun mengalami keguguran ketika berusia enam minggu iaitu selepas pulang dari bercuti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 12:46 PM