FARRAH Madihah (kiri) dan Mohd Sufi Naeif (dua dari kiri) melawat pusara anak mereka. FOTO Rozainah Zakaria
FARRAH Madihah (kiri) dan Mohd Sufi Naeif (dua dari kiri) melawat pusara anak mereka. FOTO Rozainah Zakaria
Zaid Saim


“SAYA bercadang untuk pindah ke Terengganu kerana saya mahu sentiasa dekat dengannya (arwah Adam)," kata Farrah Madihah Othman, 28, ibu kepada bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal yang ditemui mati dalam ruang sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor, Selasa lalu.

Farrah Madihah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, buat masa ini dia dan suami masih belum membuat sebarang urusan berkaitan perkara itu.

Bagaimanapun katanya, dia bercadang untuk membuat urusan pertukaran dalam masa terdekat.

“Perasaan sedih kehilangan arwah masih lagi menyelubungi saya dan suami selain keluarga serta sanak saudara kerana pemergiannya tidak dijangka.

“Sukar untuk kami terima apa yang berlaku, namun kami tetap reda kerana semua itu adalah urusan Allah dan Allah lebih menyayanginya," kata Farrah Madihah ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Menurutnya, dia akan berpindah ke Terengganu sekiranya suami, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, yang bekerja di bahagian pinjaman SME Bank dapat bertukar di negeri sama.

"Suami adalah kekuatan saya dan perlu bersamanya pada setiap masa," katanya.

Pemergian Adam Rayqal mendapat simpati seluruh rakyat negara ini berikutan kematiannya dianggap satu perbuatan kejam.

Jenazah bayi itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di Kuala Terengganu, jam 10.30 malam Rabu lalu.

Berita berkaitan

Astaghfirullah...

Bapa kanak-kanak dijaga pengasuh Adam Rayqal dipanggil

Damailah di sana, Adam Rayqal... [METROTV]

[UPDATE] Adam Rayqal ditemui mati di rumah pengasuh [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 6:44 PM