FARRAH Madihah (kiri) dan Mohd Sufi Naeif memangku jenazah anak mereka. FOTO Ghazali Kori
FARRAH Madihah (kiri) dan Mohd Sufi Naeif memangku jenazah anak mereka. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


“SAYA tahu Adam Rayqal akan tunggu kami bersama di syurga,” kata Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, bapa kepada bayi lima bulan ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya, malam semalam.

Mohd Sufi yang ditemui dalam keadaan sebak turut melahirkan rasa berterima kasih atas kesudian rakyat Malaysia yang membantu mencari anaknya.

“Saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian Adam Rayqal.

“Walaupun kita tahu kita mengharap yang terbaik untuk jumpa Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia.

“Kalau ada yang ‘share’ (kongsi) gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.

Sementara itu, ibu kepada Adam Rayqal, Farrah Madihah Othman, 28, yang berada di samping suaminya kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu menangis sebak.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu, 10.30 malam.

Sebelum itu, jenazah bayi itu tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam untuk solat jenazah.

Berita berkaitan

Damailah di sana, Adam Rayqal...

'Tempurung kiri kepala Adam Rayqal retak'

'Adam Rayqal, jaga diri di sana ya'

Jenazah Adam Rayqal dikebumikan di Terengganu

'Kematian Adam Rayqal begitu tragis - Datuk'

'Suspek kes Adam Rayqal direman bantu siasatan'

'[UPDATE] Ibu bapa Adam Rayqal buat pengecaman'

'[UPDATE] Adam Rayqal ditemui mati di rumah pengasuh'

'Kembalikan anak kami...'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 11:36 PM