Farid Kamil dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Petaling sebentar tadi.
Farid Kamil dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Petaling sebentar tadi.
Sarah Zulkifli dan Norizuan Shamsuddin


PELAKON dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari dibawa semula ke bilik reman di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya 10.57 pagi ini.

Pelakon berusia 37 tahun itu tamat reman pada hari ini selepas ditahan selama lima hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung kes tampar polis dan menendang dua orang di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.

Tempoh tahanan reman bagaimanapun dipercayai akan disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung penggunaan dadah ganja oleh artis terbabit.

Malah terdapat maklumat mengatakan kemungkinan Farid Kamil akan didakwa di mahkamah hari ini berhubung tindakannya menampar anggota polis dan menyerang dua orang awam di balai Polis Kota Damansara Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 11:41 AM