Mohd Azam Shah Yaacob


REMAJA lelaki berusia 15 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid, mangsa S Sathiwaran pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya dikatakan berjalan bersama ibunya S Kasthurivai, 45, untuk naik ke rumahnya di tingkat 16 selepas pergi ke kedai runcit di bawah PPR itu.

Namun, sebaik ingin memasuki bahagian flat yang tertutup berhampiran kawasan tangga, tiba-tiba sebuah kerusi pejabat berwarna biru dipercayai dicampak di tingkat atas mengenai kepalanya.

Remaja lelaki 15 tahun maut ditimpa kerusi dipercayai  dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 PPR Seri Pantai, Pantai Dalam. FOTO Mohd Azam Shah Yaacob
Remaja lelaki 15 tahun maut ditimpa kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 PPR Seri Pantai, Pantai Dalam. FOTO Mohd Azam Shah Yaacob

"Akibat ditimpa oleh kerusi itu, mangsa parah di kepala.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya bernasib baik kerana tidak terkena kerusi itu" katanya.

Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 12:01 AM