HM Digital

• Doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah klinik, tahun lalu.

• Penganggur lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah,atas dua pertuduhan iaitu menakutkan secara jenayah dan menyebabkan kecederaan ke atas ibu kandungnya, Isnin lalu.

• Koperal Sa'dat Abdul Manab, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas tuduhan mencuri wang sebanyak RM200 dari orang awam pada Julai tahun lalu.

• Pengurus kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan, dua minggu lalu.

• Polis Pulau Pinang melancarkan penggunaan basikal elektrik (E-Basikal) untuk rondaan cegah jenayah di lokasi tumpuan orang ramai dalam melaksanakan konsep ‘Stop & Talk’.

• Guru di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) mencipta kelainan apabila mengenakan pakaian ala alam fantasi bagi menyambut murid tahun satu dan prasekolah pada Hari Orientasi dan Pendaftaran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 6:50 PM