HM Digital


• Lelaki berusia 27 tahun ditahan selepas cuba mencuri tabung di Masjid Al-Huda Padang Matsirat, Langkawi.

• Polis Selangor menumpaskan geng samun van keselamatan di Taman Sri Serdang, Serdang, 24 November lalu selepas tahan dua lelaki bersama wang tunai berjumlah RM106,900 empat hari selepas kejadian itu.

• Seorang buruh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan merogol merayu kepada hakim agar dia ditawarkan jaminan rendah.

• Anak yatim dan kembar antara 70 kanak-kanak dikhatankan pada Program Khidmat Komuniti (Berkhatan) Hospital Melaka 2017 di Hospital Melaka.

• Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC dibuka secara rasmi oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 6:50 PM