Laporan HM susulan kematian dua anggota TLDM hari ini.
Laporan HM susulan kematian dua anggota TLDM hari ini.
Muhammad Apendy Issahak


SETAKAT ini polis mengklasifikasikan kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan petang semalam sebagai mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, bagaimanapun bedah siasat terhadap kedua-dua anggota TLDM terbabit masih dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

"Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan dengan kematian 2 anggota TLDM yang ditahan di Pusat Komunikasi Sg Wangi, Sitiawan semalam.

"Anggota terbabit dikenal pasti sebagai Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuiman Mohd Shukri, 26," katanya.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

Sementara itu tinjauan Harian Metro di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh mendapati ahli keluarga dan rakan kedua-dua anggota TLDM terbabit hadir sejak jam 12 tengah hari tadi.

Proses bedah siasat difahamkan bermula jam 3.30 petang dan dijangka mengambil masa lebih empat jam.

Berita berkaitan

Anggota TLDM maut latihan fizikal

Naluri isteri LK 1 Nik Mohd Baihaqy

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 6:55 PM