Datuk Dr Sharifuddin Musa. FOTO Asrizal Aris
Datuk Dr Sharifuddin Musa. FOTO Asrizal Aris
Asrizal Aris

"DARI mana datangnya dua tong gas di tingkat tiga (di luar bilik asrama)?" kata Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Muhammad Shahir, 11, mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Akibat kebakaran itu, Sharifuddin berkata, anaknya melecur separuh di belakang badan.

"Kita tak pasti lagi bagaimana boleh berlaku kebakaran, tetapi berhampiran pintu masuk tingkat tiga (bilik asrama), ada dua tong gas yang tidak tahu datangnya dari mana.

"Kita pasti bahawa tempat memasak adalah di tingkat paling bawah, tingkat atas tidak dibenarkan untuk memasak," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur,.

Beliau curiga dengan 'kemunculan' dua tong gas berkenaan yang sudah pasti mendatangkan kecelakaan yang lebih teruk apabila berlaku kebakaran.

"Tong gas itu tidak sepatutnya berada di situ," katanya.

Dalam kejadian itu, Sharifuddin berkata anaknya menyelamatkan diri dengan memecahkan tingkap dan terjun atas 'awning' bangunan.

Katanya, anaknya dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sharifuddin berkata, anaknya belajar di sekolah itu sejak setahun lalu dan setakat ini bangunan tahfiz itu tiada sebarang masalah kerana baru sahaja digunakan kira-kira setahun yang lalu.

Terdahulu Bernama melaporkan, siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada 5.15 pagi semalam.

Berita berkaitan

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 1:10 AM