GRACE Wong membuat rekod Sukan SEA yang baru dalam acara baling tukul besi wanita. -Foto YAZIT RAZALI
GRACE Wong membuat rekod Sukan SEA yang baru dalam acara baling tukul besi wanita. -Foto YAZIT RAZALI
Aida Adilah Mat dan Firdaus Hashim dan Mohd Khairie Khalid


ATLET baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei membuka tirai hari ketiga acara olahraga dengan khabar gembira apabila berjaya meraih pingat emas, hari ini.

Lebih mengujakan, Grace Wong turut memperbaharui rekod temasya apabila membuat catatan 59.64 meter dalam acara final yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.

Dia melakar rekod baru temasya dwitahunan itu pada balingan pertama.

GRACE Wong berjaya rangkul emas dan perbaharui rekod baling tukul besi wanita Sukan SEA 2017. -Foto YAZIT RAZALI
GRACE Wong berjaya rangkul emas dan perbaharui rekod baling tukul besi wanita Sukan SEA 2017. -Foto YAZIT RAZALI

Rekod lama temasya sebelum ini adalah 56.57m dilakukan oleh Mingkamon Koomphon dari Thailand dalam Sukan SEA 2015 di Singapura.

Pingat perak dan gangsa dimenangi dua atlet Thailand, Mingkamon (56.15 meter) dan Panwat Gimsrang (54.88 meter).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 4:17 PM