GAMBAR dipetik daripada laman web FIH.
GAMBAR dipetik daripada laman web FIH.
Saiful Affendy Sapran


SELEPAS mengalami dua kekalahan, skuad hoki negara akhirnya meraih kemenangan pertama peringkat Kumpulan A, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London.

Malaysia kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan, awal pagi ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Stephen Van Huizen masih kekal memburu tempat untuk melangkah ke saingan suku akhir.

Satu-satunya gol skuad negara diperolehi menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-35.

Ia sekali gus menghidupkan kembali peluang Malaysia untuk layak ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.

Dua perlawanan terdahulu menyaksikan skuad negara beraksi hambar apabila tewas 2-5, di tangan ranking pertama dunia, Argentina, sebelum kecundang 3-7, kepada England selaku tuan rumah.

Skuad negara akan turun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu China awal pagi esok yang akan menentukan sama ada mampu melangkah ke suku akhir atau sebaliknya.

Berita berkaitan

Belum ada 'umphh!'

Gagal kutip mata

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 7:18 AM