RUSYDUDDIN (kiri) bersama adiknya Refnaldi dan serta Syahirah Batrisyia yang mempunyai keunikan mata berwarna biru, kelabu dan coklat. FOTO Izhari Ariffin.
RUSYDUDDIN (kiri) bersama adiknya Refnaldi dan serta Syahirah Batrisyia yang mempunyai keunikan mata berwarna biru, kelabu dan coklat. FOTO Izhari Ariffin.
Norasikin Daineh


Kota Kinabalu: “Ketika berusia lapan tahun, saya nampak kakak menggunakan kanta lekap, jadi saya pun mahu mencuba menggunakan warna coklat, tetapi ayah tidak benarkan,” kata Rusyduddin Ronaldo Lee, 18, seorang lagi individu yang mempunyai sepasang mata biru di negeri ini.

Selain Rusyduddin, dua adiknya turut memiliki warna mata yang unik.

Adik kedua, Refnaldi Ronaldio, 16, memiliki warna kiri berwarna biru dan mata kanan, pula coklat.

Adik keenamnya, Shahirah Batrisyia berusia tiga tahun memiliki mata kiri berwarna biru dan kanan berwarna kelabu.

Menurut Rusyduddin, dia pernah berfikir untuk memakai kanta lekap berwarna coklat itu kerana tidak yakin kerana warna matanya lain berbanding teman sebaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 5:48 AM