POLIS mengawal lokasi kejadian. FOTO AFP
POLIS mengawal lokasi kejadian. FOTO AFP
AFP

New York: Seorang lelaki ditembak mati oleh polis selepas suspek melepaskan tembakan kepada orang ramai yang berkumpul menyaksikan persembahan nyanyian sempena Krismas di luar sebuah gereja di sini, pada Ahad.

Komisioner Jabatan Polis New York Dermot Shea bagaimanapun berkata, tiada individu yang cedera akibat kejadian yang belaku di tangga Cathedral of St John the Divine, itu.

Tiga angggota polis melepaskan 15 das tembakan terhadap lelaki berkenaan, kata Shea kepada pemberita.

"Suspek terkena sekurang-kurangnya satu tembakan di kepala dan meninggal dunia," katanya.

Susulan kejadian, polis merampas dua senjata api dan sebuah beg berhampiran lokasi.

Beg berkenaan didapati mengandungi minyak gas, tali, wayar dan beberapa jenis pisau.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian, Martha Stolley, dia melihat lelaki berkenaan melepaskan antara lapan sehingga 10 tembakan sebelum anggota polis menembak mati suspek.

"Lelaki itu menembak tanpa menyasarkan mana-mana individu," katanya kepada AFP, sambil menambah lelaki itu ada menjerit,"Tembak aku, bunuh aku."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2020 @ 9:34 AM