Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River membantu penduduk Taman Slim Permata membersihkan Surau Al Jauhara di Taman Slim Permata bagi persiapan menyambut Ramadan. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN

Raja Faizudin Raja Sulaiman, 43 memeriksa batu nisan dan belindan yang siap ditempah oleh pelanggannya ketika ditemui di kedainya di Kota Bharu. Menjelang Ramadan dan Aidilfitri setiap tahun, batu nisan dan belindan mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur yang sebelum ini lengang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat kembali meriah dengan kunjungan orang ramai yang membeli-belah sempena menyambut ketibaan Ramadan. FOTO BERNAMA

Orang ramai mula membeli buah kurma sebagai persiapan bagi menyambut Ramadan.FOTO BERNAMA

Suasana sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menjelang ketibaan Ramadan. Pada 16 Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan membenarkan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, susulan penurunan kes harian Covid-19. Namun pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat yang ditetapkan kepada para peniaga dan pengunjung haruslah dipatuhi. FOTO BERNAMA

Antara kurma yang dijual menjelang Ramadan yang bakal disambut umat Islam. Menurut peniaganya, Ammir Amsya Zakaria, 14, beliau akan berniaga di bazar Ramadan, Jalan Jujur, Kuala Lumpur selepas kerajaan membenarkan pembukaan bazar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Antara yang perlu dipatuhi peniaga dan pengunjung adalah lokasi bazar mesti terbuka, mempunyai laluan masuk dan keluar berbeza, menyediakan ruang pendaftaran MySejahtera dan kawalan jumlah pengunjung. Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada 3 petang hingga 8 malam manakala bazar Aidilfitri pada 10 pagi hingga 12 tengah malam. FOTO BERNAMA

FOTO Bernama; Nik Abdullah Nik Omar dan Rosman Shamsudin

TIDAK lama lagi, umat Islam akan berpuasa pada Ramadan dan ramai sudah membuat persediaan bagi menyambut bulan mulia ini.

Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi negara ini ditetapkan pada petang Isnin, 12 April bersamaan dengan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 April 2021 @ 5:05 PM