FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Syaherah Mustafa (teks) dan Nik Abdullah Nik Omar (foto)

Seorang lelaki sanggup meredah banjir sejauh lima kilometer (km) bagi mencerut rumput untuk memberi makan kepada lembu diternaknya di Kampung Lanchang, Rantau Panjang.

Tuan Hanif Wan Adam, 40, berulang-alik dua kali sehari mencari rumput di kawasan padang belakang rumahnya dengan mengharungi air sedalam dua hingga tiga meter.

Katanya, dia perlu berbuat sedemikian apabila kampungnya mula mengalami banjir akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu selain penempatan itu antara paling awal menjadi lokasi banjir setiap kali musim tengkujuh.

FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar

"Saya turun mencerut rumput seorang diri sekitar 8 pagi untuk fasa pertama dan kembali meredah banjir pada 3 petang bagi memastikan ternakan saya tidak kelaparan.

"Tiada rasa gentar atau takut untuk mengemudi perahu sejauh itu kerana saya sudah biasa selain mahir mengawal perahu sejak kecil," katanya ketika di rumahnya di Kampung Lanchang.

FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tuan Hanif berkata, biasanya ternakan miliknya boleh mencari makanan sendiri, tetapi apabila banjir melanda, semua rumput dan kawasan biasa lembu dilepaskan ditenggelami air.

Menurutnya, semua lembu itu dipindahkan ke kawasan selamat manakala kawasan rumahnya ditenggelami air sedalam 1.5 meter menyebabkan dia sekeluarga menjadikan bot dan perahu sebagai kenderaan utama.

FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar

  • Lagi foto siri Spektrum
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 9:51 PM