Battle di antara Idol dan Rookie.- FOTO TV3 Malaysia
Battle di antara Idol dan Rookie.- FOTO TV3 Malaysia
Nurmastura Zulkafli

SALURAN televisyen TV3 kembali dengan program nyanyian terbaharu, Vokal Mania bersama Mamee London Roll sebagai salah satu penaja rasmi.

Program nyanyian 9 episod ini menampilkan kelainan tersendiri apabila 24 'Rookies' (penyanyi amatur) bakal berentap setiap minggu bersama empat penyanyi profesional digelar sebagai Idol bagi merebut gelaran juara.

Antara 24 Rookies yang bakal berentap adalah Aedy Kama, Afieq Shazwan, Aisha Retino, Alif Kadim, Aufahanie, Danial Chuer, Daniesh Suffian, Daus Husny, Eranzz Lambert, Erin, Fatin Afeefa, Fiera, Hakeemzamall, Hariz Danial, Nisha Haque, Nuha Bahrin, Nur Syafiq Naser, Qiem Churros, Razak A'ai, Tuah Adzmin, Wafariena, Yuveena, Zareef Sein dan Zetty Rashid.

Manakala Idol bakal diwakili oleh Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.

Format dan cara undian

Vokal Mania menggunakan konsep penilaian 100 peratus dengan Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap. Mereka akan bergandingan bagi mengadili persembahan Idol dan Rookies setiap minggu. 

Penonton dan peminat boleh mengundi Rookies kegemaran bagi anugerah 'Rookie Star Award' dalam setiap episod di laman sesawang Xtra

Penjurian 'Rookie Star Award' 70 peratus adalah daripada undian awam manakala lagi 30 peratus berdasarkan penilaian juri tetap.

Undian tambahan dengan pembelian Mamee London Roll

Kombo Vokal Mania Mamee London Roll. - FOTO Mamee London Roll

Lebih menarik, menerusi kerjasama Mamee London Roll, penonton boleh mendapat undian tambahan untuk mengundi Rookies kegemaran apabila membuat pembelian Kombo Vokal Mania Mamee London Roll bernilai RM25 di Mamee Bakery Official di Shopee.

ID pembelian mestilah disimpan untuk diisi di laman pengundian Vokal Mania dan penonton boleh mendapat 40 undian tambahan apabila mengundi Rookies kegemaran mereka.

Rookie Star Award tawar RM1,000

Rookies dibahagikan kepada enam episod dengan setiap episod menampilkan empat Rookies yang akan membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet untuk mengumpul mata. 

Bagi pemenang 'Rookie Star Award' ganjaran RM1,000 menanti jika berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. 

Pada akhir program, hanya satu Idol dan satu Rookies akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing dan merebut wang tunai RM80,000.

Vokal Mania mula bersiaran pada 24 Oktober 2020, setiap hari Sabtu jam 9.00 malam di TV3 dan secara langsung di Youtube TV3 Malaysia dengan menampilkan Dato' AC Mizal dan Azira Shafinaz sebagai hos. 

Mamee London Roll merupakan produk di bawah Mamee-Double Decker, salah satu syarikat FMCG terkemuka negara yang terkenal di seluruh dunia. Ditubuhkan pada 1971, Mamee-Double Decker terus mengukuhkan jenamanya sebagai rangkaian makanan pilihan melalui jaminan kualiti produk yang dikeluarkan.

Formula dan rasa baru yang lebih enak, pengguna kini boleh menikmati enam perisa utama London Roll iaitu coklat gulung berganda, coklat, pandan kelapa, vanila, strawberi dan susu.


Maklumat lanjut layari Facebook rasmi London Roll.

Vokal Mania bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam. - FOTO Mamee London Roll

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2020 @ 11:08 AM