PERIKSA kereta sebelum bercuti.
PERIKSA kereta sebelum bercuti.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


MUSIM cuti sekolah menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak bercuti bagi meluangkan masa bersama keluarga.

Bagi yang merancang bercuti dalam negara tentunya akan memilih menggunakan pengangkutan darat seperti kereta.

Ia dilihat lebih praktikal kerana memudahkan untuk berhenti di mana-mana perhentian sama ada untuk makan atau ke tandas.

Namun, terdapat beberapa perkara perlu diberikan perhatian dahulu terhadap kenderaan bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.

1. Periksa perbatuan

Selenggara kenderaan sebelum memulakan perjalanan ke lokasi percutian.

Ini untuk memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.

Mengabaikan keperluan ini boleh memberi risiko kenderaan rosak dan perancangan percutian tergendala.

2. Periksa brek

Satu-satunya komponen yang menghubungkan kereta dengan jalan raya. Cengkaman tayar adalah elemen paling kritikal apabila berlaku keadaan mencemaskan.

Oleh itu, sangat penting memeriksa tayar kereta kenderaan dan melihat sama ada ia mempunyai tekanan optimum serta bunga tayar masih berada dalam yang bagus.

3. Periksa minyak enjin

Keperluan minyak enjin penting untuk memastikan kereta senyap (lancar) dan perjalanan jauh tidak mengalami masalah.

Selalunya minyak enjin ini diperiksa dan ditukar apabila menghantar kenderaan di pusat servis.

Bagaimanapun, boleh memeriksa dan menukarnya sendiri menggunakan minyak enjin berkualiti di rumah, tanpa pergi ke pusat servis.

4. Periksa pendingin hawa

Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menghidupkan suhu maksimun dingin dan suhu maksimum 'blower.'

Kipas pendingin hawa perlu berputar dan tidak berlaku kebocoran gas.

Pendingin hawa adalah keperluan penting menaiki kenderaan untuk keselesaan sepanjang perjalanan.

5. Periksa lampu

Setiap jenis lampu pada kenderaan perlu diperiksa kerana penggunaannya penting ketika sebelah malam dan hujan.

Jenis-jenis lampu ialah lampu hadapan, belakang, brek, isyarat dan undur.

Memandu kenderaan tanpa salah satu lampu boleh mengundang kemalangan jalan raya.

6. Bateri

Segera tukar bateri kereta jika sudah lama tidak menukarnya. Purata jangka hayat bateri itu ialah kira-kira dua tahun.

Tanda awal bateri kereta perlu ditukar ialah apabila enjin kereta susah atau tidak boleh dihidupkan.

7. Tambah nilai kad

Perkara perlu dielakkan terlupa ialah menambah nilai kad untuk bayaran tol

Pastikan juga kad ini mempunyai baki nilai mencukupi bagi memastikan perjalanan lancar dan mengelakkan daripada kesesakan di tol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2024 @ 6:45 AM