PULAU Rawa
PULAU Rawa
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Johor yang dikenali sebagai pintu masuk selatan Malaysia turut mempunyai tarikan pelancongan menarik seperti negeri lain.

Negeri ini juga turut mempunyai permata tersembunyi pelancongan yang tidak diketahui ramai.

Tetapi kuasa media sosial menyebabkan permata tersembunyi ini semakin dikenali dan pelancong yang datang ke Johor perlu mengunjungi lokasi berkenaan.

TASIK Biru Kangkar Pulai
TASIK Biru Kangkar Pulai

1. Tasik Biru Kangkar Pulai

Tidak ramai mengetahui kewujudan tasik ini termasuk dalam kalangan rakyat Johor

Tular kerana keindahan landskap tasik ini yang dikatakan sukar ditemui di negara ini.

Sejarah asal kemunculannya tasik biru ini adalah akibat daripada terjadinya tindak balas kimia batuan dan tanah kuari yang menjadi punca air tasik itu kelihatan sangat jernih serta mempesonakan.

Keindahan tasik pada kebiruan airnya menyebabkan lokasi ini menjadi buruan kaki pendaki, pencinta alam sekitar, pelari denai dan jurugambar untuk mengunjungi tempat berkenaan.

DESARU Sky Mirror
DESARU Sky Mirror

2. Desaru Sky Mirror

Rakyat Johor tidak perlu di Kuala Selangor untuk menikmati pengalaman indah melihat pantulan imej terhasil di permukaan pantai.

Fenomena Sky Mirror berlaku apabila air surut, cuaca cerah dan sesuai mengambil gambar.

Mereka yang menggemari aktiviti peragaan hari ini (OOTD) sesuai mengunjungi Desaru Sky Mirror untuk bergambar.

PULAU Dayang
PULAU Dayang

3. Pulau Dayang

Terdapat banyak pulau cantik dan menakjubkan di Johor yang salah satunya ialah Pulau Dayang.

Pulau ini terletak di Mersing yang terkenal kerana memiliki pantai indah, air jernih dan terdapat banyak hidupan marin.

Aktiviti boleh dilakukan di pulau ini ialah selam skuba, menyaksikan matahari terbit dan terbenam.

GERBANG Laut Pulau Mawar
GERBANG Laut Pulau Mawar

4. Gerbang Laut Pulau Mawar

Juga dikenali sebagai 'Heaven's Gate' yang terletak di Penyabung iaitu lebih kurang 30 kilometer dari Mersing.

Destinasinya bukan saja menarik, pantainya bersih dan terdapat juga susunan pokok rhu yg berbaris seperti di Pantai Senok, Kelantan @ Nami Island.

Pulau ini kurang dikomersialkan menyebabkan kelestariannya masih lagi terpelihara.

5. Pulau Rawa

Satu lagi pulau yang indah di Johor yang perlu dilawati ialah Pulau tinggi.

Ia mungkin kurang popular daripada Pulau Rawa, tetapi masih menawarkan landskap pantai yang menakjubkan lengkap dengan perairan biru dan kehijauan mempesonakan.

Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2023 @ 6:11 AM