ANTARA aktiviti perkhemahan dan aktiviti lasak diadakan pada festival KAHF Lenggong outdoor 2023 - (ODF23) di Lenggong, Perak.
ANTARA aktiviti perkhemahan dan aktiviti lasak diadakan pada festival KAHF Lenggong outdoor 2023 - (ODF23) di Lenggong, Perak.
Dayang Pretty Abbyana Datu Asis

Lenggong: Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kini semakin dikenali di seluruh dunia baik dari segi sejarah atau eko-pelancongan.

Dengan potensi yang ada di Lenggong, ia turut menarik perhatian komuniti aktiviti luar atau 'outdoor' ke daerah ini bagi menganjurkan pelbagai program.

Ia termasuk KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) yang menyerlahkan potensi Lenggong sebagai lokasi penggemar aktiviti luaran dan lasak.

Penganjuran festival oleh Locco dan Majlis Daerah Lenggong di Resort Tasik Raban itu berjaya mengumpulkan ribuan peminat dari seluruh negara dalam kalangan komuniti aktiviti luar.

Pengarah bersama LOCCO, Shamsul Bahrin Zainuzzaman dan Ridzwan Nazari, berkata, ODF23 tahun ini memfokuskan kesedaran terhadap alam sekitar membabitkan kerjasama 35 komuniti.

Pihaknya, teruja menganjurkan acara itu bagi menyatukan peminat aktiviti luar dari semua lapisan masyarakat melalui pelbagai aktiviti, pertandingan, perbincangan dan perkongsian ilmu," katanya.

Sementara itu, Pengurus Jenama Kahf, Billy Dharmawan berkata, sokongan yang berikan 1,500 peserta terhadap ODF23 adalah bukti bahawa pihaknya komited untuk menyokong kebaikan dan berusaha ke arah kelestarian alam.

"Antara aktiviti disediakan adalah perkhemahan, berkayak, Stand Up Paddling, Bridge Rappelling, memanah dan merentas desa serta terbaharu iaitu ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing," katanya.

Dalam pada itu, peserta juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh gig dan pemuzik tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 4:48 PM