Zara Zya
Zara Zya

Kuala Lumpur: Pelakon Zara Zya memberi gambaran dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapa kandungnya dalam tempoh waktu yang panjang.

Zara yang berkongsi luahan itu di aplikasi Thread miliknya berkata, dia juga sudah beberapa kali menyekat akaun palsu yang didakwa milik orang tuanya itu kerana bercakap perkara tidak baik mengenainya di media sosial.

"Ayah saya? Dah berapa banyak akaun palsu dia saya sudah sekat. Hina saya, mengata saya di media sosial. Itu baru secara online, semestinya lebih rancak di luar," katanya.

Dalam masa sama, Zara meminta orang luar supaya berhenti bertanyakan siapa dan di mana ayahnya kini berada.

"Pernah wartawan cari saya dan cakap ada seorang lelaki hubungi, cerita mengenai saya dan dia kenalkan diri sebagai ayah saya.

"Bukti banyak saya simpan. Jadi jangan tanya mana ayah saya siapa ayah saya," katanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, rata-rata meminta Zara supaya bersabar dengan ujian yang berlaku.

Harian Metro cuba menghubungi Zara bagi mendapatkan komen lanjut mengenai hantaran yang dimuat naik, namun panggilan dan mesej yang dihantar tiada balasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 1:35 PM