PENGGUNA memakaikan karakter NewJeans dengan pakaian mencolok mata dan disebar di internet.
PENGGUNA memakaikan karakter NewJeans dengan pakaian mencolok mata dan disebar di internet.
Georgie Joseph

Syarikat produksi permainan mesin KRAFTON yang juga memiliki PUBG bersama ADOR mengeluarkan permohonan maaf bagi menjelaskan penyalahgunaan karakter kartun NewJeans dalam PUBG.

Ia susulan pelancaran kerjasama PUBG x NewJeans yang mencetuskan isu. Pengguna memakaikan karakter NewJeans dengan pakaian mencolok mata dan disebar di internet.

Dalam pada teruja dengan kerjasama itu, KRAFTON dan ADOR sangat mengambil serius dengan penyalahgunaan sebegitu. Misi utamanya adalah sentiasa promosi pengalaman permainan mesin yang sihat.

"Memang sah ada segelintir pengguna yang menggunakan kandungan kurang sesuai terhadap karakter NewJeans dalam permainan itu. Kemudian dikongsi pula dengan pengguna lain.

"Tindakan sebegitu sangat tidak selaras dengan imej jenama PUBG dan NewJeans, sekali gus mencetus kurang senang kepada ramai. Secepatnya, tindakan memperbetul bahagian pakaian dan aksesori itu akan diambil.

"Dengan itu, kami berhasrat mempromosi persekitaran 'gaming' lebih selamat dan sihat. Kami akan buat kenyataan susulan butiran pendekatan memperbetul itu," katanya.

Pengguna PUBG juga akan dipastikan untuk mengikut semua garis panduan komuniti dalam permainan itu. Tindakan menyekat dibuat kepada mana-mana pengguna yang gagal mematuhinya.

"KRAFTON dan ADOF menyifatkan isu terbaharu ini adalah permasalahan sangat berat. Segala kandungan bermasalah dihapuskan, sesiapa yang terbabit dalam aktiviti tidak sepatutnya akan disekat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 6:55 AM