Pelakon, Maryam Younarae ketika pelancaran produk L Soulle di Sunway Velocity. FOTO AZIAH AZMEE
Pelakon, Maryam Younarae ketika pelancaran produk L Soulle di Sunway Velocity. FOTO AZIAH AZMEE
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pempengaruh dan pelakon, Maryam Younaree, 32, pernah menjadi mangsa 'face shaming', namun sudah lali dengan pelbagai ejekan terhadap wajahnya.

Maryam berkata, kebanyakan ejekan itu datang daripada netizen dari negaranya sendiri di Korea Selatan dan hanya segelintir dari negara yang berbuat demikian.

"Banyak kali juga saya pernah kena 'face shaming'. Orang selalu perli mata saya, mereka kata sepet sangat. Selain itu, ada juga yang mempersendakan kening saya terlalu halus dan nipis. Macam tiada kening katanya.

"Kebanyakan kena 'face shaming' dengan orang di Korea Selatan, kalau di Malaysia kurang sedikit," kata isteri kepada selebriti media, Ryzal Ibrahim itu.

Namun, Maryam akui ejekan diterimanya itu memang benar dan tidak terasa hati pun.

Menurutnya, dia cuma mengambilnya sebagai jenaka.

"Reaksi saya sudah pasti marah. Walaupun mereka ada betulnya sebab memang mata saya sedia begitu sepet dan kening memang halus.

"Apa pun saya tidak ambil hati dan anggap itu gurauan. Lagipun, ramai yang kata saya cantik," katanya.

Maryam yang amat menitikberatkan soal penjagaan kulit wajahnya turut akur perlu menukar cara penjagaannya selepas menetap di Malaysia.

"Kulit saya mudah keluar jerawat kalau tidak dijaga dengan betul. Saya kena selalu minum air yang banyak dan kurangkan makanan yang berlemak.

"Penjagaan kulit dengan menggunakan produk yang sesuai juga sangat saya titikberatkan. Pengambilan vitamin C juga tidak saya tinggalkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 4:23 PM