AIRIT Rayyan Rizqin. FOTO ihsan IG
AIRIT Rayyan Rizqin. FOTO ihsan IG
Najiy Jefri


"EH? Kenapa 'sebijik' 'daddy' ni? Oklah tak kisah, anak kami jugak," kata pelakon Rita Rudaini yang mengimbau kembali kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahirannya ke-11, baru-baru ini.

Rita menerusi Instagram berkata, kelahiran Rayyan memberi nilai sentimental apabila individu yang terdekat dengannya begitu teruja dengan kelahiran pertamanya itu.

"Buah hati pertama. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang peperangan. Semua tunggu dia lahir. Ketika dalam bilik bersalin, tiba-tiba teringin nak makan 'cheese cake' (kek keju) dan kopi. Bapanyalah kena turun pergi beli.

"Ketika itu makan memang tak ingat dunia hingga lupa nak beranak. Tengah hari dia nak keluar, tapi tak boleh sebab saya tak pandai. Maklumlah kali pertama melahirkan anak. Tali pusat terbelit sampai kena vakum," katanya.

Menurut Rita, Airit antara insan kuat yang dipilih untuk menjadi keluarga kelak.

"Alhamdulillah, ketika kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat.

"Anak yang banyak tengok susah senang 'mommy', air mata 'mommy', belajar dari kesusahan 'mommy' dan membesar dengan 1,001 kisah kami.

"Tak sangka anak ini 'dipilih' untuk menjadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin, moga akhlakmu seindah syurga. Apabila besar nanti lindungi 'mommy' dan adik," katanya.

Seorang lagi anak Rita hasil perkahwinan dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak iaitu Airit Qaqa Arjuana, 9.

AIRIT Rayyan Rizqin (kiri) bersama Airit Qaqa Arjuana. FOTO ihsan IG
AIRIT Rayyan Rizqin (kiri) bersama Airit Qaqa Arjuana. FOTO ihsan IG

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 5:04 PM