Puteri Sarah bersama Datuk Yusof dan isteri.
Puteri Sarah bersama Datuk Yusof dan isteri.

 

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, teruskan tradisi berkunjung ke rumah mertuanya penerbit Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail sempena Aidilfitri.

Paling menyentuh hati ramai apabila melihat momen Puteri Sarah dan dua anaknya, Syaikhul serta Sumayyah bersalaman dan memeluk Patimah yang dilihat sama-sama menitiskan air mata.

"Sayang mama dan papa dunia akhirat. Terima kasih selama ni menjaga Sarah dan anak-anak serta sayang saya seperti anak sendiri," katanya.

Patimah juga jelas sangat bersyukur ikatan terjalin antara mereka tetap utuh dan sentiasa berdoa hubungan terbabit akan kekal sampai bila-bila.

"Menantu dan besan sehingga akhir hayat kami. Anak tetap sayang, sokongan kami sepenuhnya untuk Puteri Sarah dan anak-anak.

"Sarah dan cucu-cucu sentiasa dalam doa mama, semoga dilindungi Allah SWT walau dimana berada," katanya.

Ada netizen mempersoal kelibat bekas suaminya juga pengarah Syamsul Yusof yang tidak kelihatan beraya dengan keluarganya.

Namun, bersyukur Puteri Sarah tetap disayangi sepenuhnya dalam keluarga terbabit.

"Kadang-kadang terfikir bagaimana tergamak Syamsul tak pulang jenguk ibu bapanya. Mungkin mereka sahaja yang tahu situasi sebenar.

"Agaknya apa kebaikan yang dilakukan Puteri Sarah sehingga dapat mentua baik begini. Sangat beruntung!" komen netizen.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 2:50 PM