Patimah (kanan) bersama menantunya, Puteri Sarah Liyana, manakala Yusof dengan cucu-cucu mereka. Foto dari Instagram Puteri Sarah
Patimah (kanan) bersama menantunya, Puteri Sarah Liyana, manakala Yusof dengan cucu-cucu mereka. Foto dari Instagram Puteri Sarah
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Ibu pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mengharapkan hubungan baiknya dengan besan juga ibu bapa menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana terus baik dan rapat sehingga ke akhir hayat.

Patimah dilihat antara yang memberi komen pada hantaran beberapa gambar yang dimuat naik Puteri Sarah di Instagram dengan kapsyen, Ramadan merapatkan silaturrahim berserta dua emoji hati berwarna putih dan tanda pagar iaitu #ramadhan2023, #sumayyahbirthdaycelebration.

"Ya Allah, semoga silaturahim ini sehingga ke akhir hayat. Amin. Happy Birthday Puteri Sumayyah," tulisnya.

Rata-rata netizen terharu dan memuji sikap baik Patimah yang sentiasa bersama-sama Puteri Sarah sebagai pemangkin semangat kepada wanita itu untuk bangkit serta berjuang demi dirinyw dan anak-anak.

Kebanyakan netizen juga menyifatkan Puteri Sarah sangat bertuah dan beruntung kerana memiliki ibu bapa mentua seperti Patimah dan suaminya iaitu penerbit filem, Datuk Yusof Haslam yang tanpa jemu menyokong segala tindakan menantunya itu.

Tidak hanya komen Patimah saja menjadi perhatian ramai, namun kebanyakan netizen juga meluahkan rasa kesal dan terkilan kerana majlis berbuka puasa yang disusuli dengan sambutan hari jadi keempat Sumayyah itu tidak dihadiri Syamsul.

"Birthday anak pun tak ada. Hummm aku jarang tau komen-komen ni, tapi benda kait dengan anak aku memang sensitif," tulis seorang netizen.

"Manalah si Syamsul ni. Birthday anak pun kau tak tunjuk muka," tulisnya seorang wargamaya lagi.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Puteri Sarah tidak berhasil apabila kiriman mesej WhatsApp dan panggilan telefon tidak dijawab.

Pada Jumaat lalu, sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan Syamsul dan Sarah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2023 @ 2:57 PM