Pengasas Produk Aurebella Beauty, Fatin Nabilah Solehudin (kiri) dan suami, Mohamad Aiman Hakim Nor Hashim (kanan) ketika mengadakan sidang media saman Ruhainies susulan pelanggaran kontrak beliau dengan mengundurkan diri sebagai duta produk Syarikat Aurebella di Kuppi dan Sekut Kafe. FOTO GENES GULITAH
Pengasas Produk Aurebella Beauty, Fatin Nabilah Solehudin (kiri) dan suami, Mohamad Aiman Hakim Nor Hashim (kanan) ketika mengadakan sidang media saman Ruhainies susulan pelanggaran kontrak beliau dengan mengundurkan diri sebagai duta produk Syarikat Aurebella di Kuppi dan Sekut Kafe. FOTO GENES GULITAH
Ramlah Zainal

 

Petaling Jaya: Pelakon Ruhainies diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar kerugian mencecah ratusan ribu ringgit kepada syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Aurebelle kerana didakwa melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka.

 Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim berkata, pihaknya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terbadap 

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, didakwa gagal menjalankan tugasnya sebagai duta produk terbabit.

'Secara ringkasnya, pihak kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta produk.

"Banyak perkara yang tidak dilakukan pelakon itu tetapi pihak kami masih belum boleh mendedahkannya," katanya ketika ditemui Harian Metro pada sidang media yang berlangsung di Kota Damansara di sini, hari ini.

Mengenai kerugian pula, kata Aiman, syarikatnya juga mengalami kerugian yang sangat besar akibat penarikan diri Ruhainies selaku duta produk berkenaan.

Katanya, pengunduran Ruhainies menyebabkan syarikatnya  mengalami kerugian daripada segi majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama pelakon itu serta jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama syarikat.

 "Saya juga mengalami masalah kemurungan yang sangat teruk akibat kerugian dialami syarikat.

"Tindakan Ruhainies menarik diri sebagai duta juga merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat malah ia satu penghinaan," katanya.

 Sementara itu, Ruhainies ketika dihubungi berkata, pihaknya  tidak menandatangani sebarang kontrak dan menerima bayaran sebagai duta kepada produk kesihatan dan kecantikan, Aurebelle Beauty.

Katanya, dakwaan dibangkitkan oleh pengurusan Aurebella adalah mengelirukan dan tidak menolak ia juga bertujuan untuk menjatuhkan nama baiknya.

"Isu ini sebenarnya sangat 'straightforward'. Saya tidak menandatangani sebarang kontrak sebagai duta kepada produk berkenaan dan bayaran pun masih ada yang tertunggak lagi.

"Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak bekerja secara percuma?" katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies sempat menitipkan pesanan buat pengusaha produk yang mahu melantik selebriti sebagai duta di luar sana.

"Jangan ada niat jahat dalam berniaga," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 7:52 PM