Ruhainies belum terfikir untuk bercinta. FOTO MAHZIR MAT ISA
Ruhainies belum terfikir untuk bercinta. FOTO MAHZIR MAT ISA
Najiy Jefri


PELAKON jelita, Ruhainies mengakui masih solo dan belum terfikir untuk mencari kekasih hati.

Ruhainies bersama peminatnya. FOTO SMIG
Ruhainies bersama peminatnya. FOTO SMIG

Ruhainies ketika ditemui bagaimanapun menjelaskan, dia lebih selesa dengan kehidupan solo dan berkawan dengan ramai orang.

“Saya masih solo dan tidak terfikir soal cinta . Namun tipulah kalau saya katakan tidak berkawan dengan sesiapa.

“Usia saya masih muda. Jadi, ada baiknya saya fokus membina kerjaya terlebih dulu.

“Bukan apa, saya bimbang fokus saya terjejas hanya semata-mata mahu memikirkan mengenai hati seseorang,” katanya pada majlis pelantikannya sebagai duta produk antarabangsa di IOI City Mall, Putrajaya, hari ini.

Menurut Ruhainies, ada perkara lebih penting perlu dicapainya dalam hidup selain kehidupan cinta.

“Saya sekarang ini menjalani kehidupan solo seperti biasa sahaja. Biarlah masa yang menentukan.

“Saya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya lakonan dan pelantikan sebagai duta produk antarabangsa ini.

“Sampai masa, kalau ada orang ikhlas ingin mengenali hati budi saya pasti saya kongsikan,”katanya.

Ditanya mengenai pelantikannya sebagai duta produk wajah terbabit, Ruhainies akui teruja apabila dipilih menjadi selebriti kedua bagi produk itu selepas aktor tersohor, Lee Kwangsoo.

“Jujur saya sangat teruja dan gementar dengan pelantikan ini. Saya dilamar menjadi duta produk ini selepas dikatakan mempunyai wajah persis gadis Korea.

“Namun apa yang membuatkan saya lebih terkejut adalah saya menjadi duta produk ini di Malaysia selepas pelakon Lee Kwangsoo yang sememangnya mempunyai nama besar dalam industri hiburan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Jun 2018 @ 5:24 PM