Aksi Sharifah Sakinah yang dikongsi di media sosial
Aksi Sharifah Sakinah yang dikongsi di media sosial

Kuala Lumpur: "Sebenarnya awak cabar siapa, netizen atau Allah SWT."

Demikian kata seorang netizen mengenai tindakan pelakon Sharifah Sakinah yang berkongsi video mendukung seekor anak anjing di Instagram Story miliknya dan dikongsi beberapa portal media.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Sakinah, pelakon berusia 35 tahun itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung anak anjing berwarna putih.

Difahamkan, video itu diambil semasa Sakinah sedang bercuti di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia.

Aksi yang dikongsikan Sakinah atau mesra disapa Kinah itu kemudiannya tular dalam media sosial sehingga mendapat kecaman negatif netizen apabila menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.

"Kadang-kadang orang macam ini sengaja mengundang masalah pada diri sendiri. Kemudian kata jadi mangsa keadaan," tulis seorang lagi netizen.

"Sengaja nak tunjuk diri itu moden," kata seorang pengikut di portal itu.

Harian Metro cuba mendapatkan Sakinah mengenai tindakannya mendukung anak anjing, namun mesej WhatsApp yang dihantar tiada balasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 5:10 PM