HARISSA mula terbabit dalam nyanyian sejak kanak-kanak.
HARISSA mula terbabit dalam nyanyian sejak kanak-kanak.
Ridzuan Abdul Rahman


HARISSA Adlynn Halim, nama yang kian melonjak dalam bidang seni, bermula sebagai penyanyi dan semakin meluaskan portfolio seni lakonan.

Harissa, 20, mula terbabit dalam nyanyian sejak berusia sembilan tahun dan berbakat dalam penulis lagu.

Selain menyanyi beliau turut berkebolehan bermain gitar dan keyboard.

Lagu single pertamanya berjudul Aku Sayang Kamu pada 2017 berjaya meraih lebih 1.7 juta tontonan.

Beliau turut tampil berkolaborasi dengan Zaq menerusi lagu You Je La.

Kejayaan yang mendorong Harissa semakin bersemangat untuk mengeluarkan lagu single terbaharu berjudul Metafor.

Selain turut berlakon dalam drama bergenre seram komedi berjudul Cik Lang Swe, lagu Metafor nyanyian Harissa turut dipilih sebagai antara lagu runut bunyi OST drama Tonton Original itu.

Drama Cik Lang Swe mengisahkan kisah perebutan kuasa antara puak hantu yang berbeza.

Cik Lang Swe adalah pewaris lelaki tunggal puak langsuir di Kampung Temu Jodoh. Puak Langsuir ini dianggap puak paling lemah dalam kalangan puak hantu yang lain.

Selain Harissa drama ini turut dibintangi pelakon seperti Dini Schatzmann, Ezzrin Loy, Amy Nur Tinie dan ramai lagi.

Lagu Metafor nukilan komposer dan penulis lirik berbakat iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves.

Lirik yang dicipta khas untuk Harissa membuatkan lagu ini lebih unik dan mencabar kerana ia mempunyai elemen seram dalam lagu ini.

Penyanyi bersuara lunak itu meletakkan komitmen penuh dengan mengambil langkah persediaan lebih awal dengan menghayati liriknya lebih awal lagi.

Usahanya membuahkan hasil memberangsangkan di mana pembikinan lagu ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam.

Harissa sangat selesa dengan lagu Metafor dan bertanggungjawab untuk tidak menyusahkan semua pihak yang terbabit.

"Saya berharap peminat muzik dapat menerima lagu dan lakonan saya dalam drama ini," kata Harissa yang sebelum ini pernah mencuri perhatian ketika menyanyikan lagu romantik dalam video pernikahan Fattah Amin dan Fazura ketika dia hanya berusia 14 tahun.

Muzik video rasmi lagu berkenaan diterbitkan Warner Music Official serta dicipta oleh penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan. Ia menjadi runut bunyi bagi filem berjudul Wanita Terindah.

Harissa pernah terbabit dalam filem The Lord Musang King serta beberapa drama antaranya Bawah Blok, Ash dan Aish dan Bukan Lelaki Terhebat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 6:55 AM