Muralidharan Marimuthu (Moots) bersama May Hwong selesai menandatangani persefahaman kerjasama Kool 101 bersama syarikat Joie di Safe N Sound. FOTO Hazreen Mohamad
Muralidharan Marimuthu (Moots) bersama May Hwong selesai menandatangani persefahaman kerjasama Kool 101 bersama syarikat Joie di Safe N Sound. FOTO Hazreen Mohamad
Najiy Jefri


Puchong: Stesen radio Media Prima Audio (MPA), Kool 101 melancarkan kerjasama strategik bersama jenama terkemuka dari United Kingdom, Joie bagi menyebarkan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Lebih menarik, Joie turut memperkenalkan kempen 'Ride Safe Ride Smart Ride R129' bagi mendidik masyarakat mengenai standard 'car seat' terbaharu dari Eropah.

Dalam masa sama kempen terbabit turut memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan dengan betul dan bersesuaian dengan kriteria anak.

Justeru kempen R129 adalah inisiatif proaktif oleh SNS Products Sdn Bhd yang juga pengedar sah jenama Joie di Malaysia, dan kempen itu dinamakan bersempena standard keselamatan terbaharu iaitu ECE R129 yang direka dengan lebih baik, selamat, dan mesra pengguna.

Sebagai radio rasmi bagi kempen R129, Kool 101 melancarkannya bagi mendidik ibu bapa, penjaga, dan orang awam secara umum mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang betul dan sesuai.

Pengarah Rangkaian Kumpulan Fly FM, Molek FM dan Eight FM, Murali Dharan Marimuthu ketika ditemui berkata, pihaknya sangat menjadi sebahagian dari kempen ini dalam memberikan kesedaran mengenai kempen ini.

"Saya juga seorang bapa dan mempunyai anak, jadi saya mengakui kepentingan kerusi keselamatan kepada kanak-kanak tapi saya akui ia suatu yang asing di Malaysia bagi ibu bapa membeli kerusi keselamatan untuk anak-anak jadi kami rasa ia penting untuk kami mewujudkan kesedaran ini." katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan, SNS Products Sdn Bhd, May Hwong berkata pihaknya menyedari kempen kesedaran mengenai keselamatan kerusi keselamatan semakin berkurangan.

"Walaupun Malaysia masih berada di tahap permulaan mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak, tetapi adalah penting bagi kita untuk memperjuangkan dan sentiasa mengikuti perkembangan standard keselamatan yang terkini.

"Bukan itu sahaja, kerjasama kami dengan Joie menegaskan komitmen kami terhadap keselamatan kanak-kanak, dan kempen ini adalah bukti dedikasi kami untuk memberi impak positif dalam komuniti kita. "Kami percaya setiap kanak-kanak layak berada di dalam keadaan yang selamat semasa di dalam kenderaan, dan kempen 'Ride Safe Ride Smart Ride R129' adalah langkah penting arah tersebut," katanya.

Acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyampai radio Kool 101 dari segmen Pagi On Point, Haiza dan Muaz.

Selain kerjasama itu, Joie juga mengambil inisiatif untuk menyampaikan mesej yang lebih luas dengan berkolaborasi dengan pengaruh ibu bapa dan tokoh-tokoh pendapat utama (KOL), termasuk Fizie HotFM, Dayana Roza, Dr Fie Tawfek, Alia Ishak, Didiyana Ehsan, Apple Cheong, Deen bekas penyampai HotFM, Reena Zach, dan lain-lain.

KOL menggunakan platform media sosial mereka untuk menyebarkan kesedaran dengan berkongsi maklumat mengenai piawaian keselamatan terbaharu ECE R129, dan menggalakkan pengikut mereka untuk memberi keutamaan kepada keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan.

Untuk kempen ini juga, Joie akan mengelilingi semenanjung Malaysia bermula di Lembah Klang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Terengganu, Alor Setar, Penang dan Ipoh untuk membawa kesemua 'car seat' model R129 secara menyeluruh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2023 @ 3:54 PM