Qystinna Istajibilla Dowanna Halim. FOTO IG
Qystinna Istajibilla Dowanna Halim. FOTO IG
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon Bella Dowanna mendedahkan sering menjadi mangsa sindiran fizikal (body shaming) daripada netizen gara-gara memiliki bentuk tubuh sedikit berisi.

Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 20, memberitahu sejak dahulu lagi bentuk badannya sering dijadikan bahan jenaka.

"Sebenarnya saya jenis tak kisah apabila orang hendak bercakap mengenai fizikal saya. Namun, bila benda yang mereka cakap itu macam sudah terlebih sangat, membuatkan saya memberikan reaksi.

"Sejujurnya saya tidak kisah kerana tak baca komen, tak nak buka benda-benda tu sebab tidak mahu sakitkan hati sendiri tapi kadang-kadang ada yang kita terbaca dan ada yang orang hantar pada kita.

"Benda itu 'trigger' kemarahan itu yang membuatkan saya membalas dalam keadaan marah. Jadi, itu yang keluar perkataan seperti di Twitter," katanya.

Bagi Bella, perkara seperti ini tidak harus dijadikan gurauan dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak beradab.

Malah, Bella berpendapat segelintir pihak yang berfikiran cetek itu yang seharusnya menukar mentaliti sebelum mengeluarkan kata-kata negatif.

"Kepada orang yang cakap jangan pakai baju-baju macam tu, saya rasa itu bukan masalah kita sebenarnya.

"Masalah itu pada anda yang kenapa hendak mempertikaikan apa yang orang hendak pakai.

"Cuba letakkan dalam kepala, ini adalah tubuh badan kamu, jadi terpulanglah hendak pakai apa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 12:21 PM