ANIS berkongsi gambar bersama Haqiem. FOTO Instagram anissofeaaz
ANIS berkongsi gambar bersama Haqiem. FOTO Instagram anissofeaaz
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Gambar bersama yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea, 21, seakan menepis dakwaan mengenai rumah tangga mereka.

Malah, gambar Haqiem yang disertakan dengan bentuk hati yang dimuat naik di Instagram Story menafikan rumah tangga mereka sedang dilanda badai.

Terdahulu, Anis mencetuskan tanda tanya apabila hanya meninggalkan tiga hantaran gambarnya di Instagram selain tiada lagi gambar bersama suami dipercayai sudah dipadam

Apa yang lebih mengejutkan, Anis atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri turut memadam kebanyakan foto di Instagram miliknya termasuk foto bersama suami dan hanya meninggalkan gambar tanpa menutup aurat.

Bagaimanapun, menerusi gambar hitam putih yang dimuat naik Anis itu memperlihatkan dirinya tanpa selendang atau tudung di kepala. Dia turut mengambil pendekatan menutup ruangan komen gambar berkenaan.

Sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi itu dilihat menitik beratkan penampilan isterinya. 

Malah, menerusi siaran langsung di Tik Tok atau video, Haqiem turut menutup aurat isterinya yang terlihat tanpa sengaja.

Haqiem dan Anis bernikah pada 19 November 2021 di Cyberjaya. Namun, pasangan muda ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2023 @ 1:14 PM