FARID berkongsi gambar dia mengerjakan solat berjemaah bersama keluarga termasuk adiknya, Fadzil Zahari.
FARID berkongsi gambar dia mengerjakan solat berjemaah bersama keluarga termasuk adiknya, Fadzil Zahari.

Kuala Lumpur: Pelakon, Farid Kamil, 42, menyambut Aidilfitri bersama anaknya, Muhammad, 10, serta keluarga di kampung halaman di Alor Setar, Kedah.

Semalam, Farid berkongsi gambar dia mengerjakan solat berjemaah bersama keluarga termasuk adiknya, Fadzil Zahari. Turut kelihatan Muhammad dan anak Fadzil iaitu Mateen. 

Menerusi Instagram Story pula, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu memuat naik video Muhammad melaungkan azan di kediaman keluarganya.

Sebelum itu, mereka turut kelihatan meluangkan masa bersama di sebuah tempat peranginan. 

Farid ketika ini berdepan kemelut rumah tangga dengan isterinya juga pelakon Diana Danielle, 32, selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan. 

Farid juga tidak dibenarkan berjumpa anak-anak dalam satu tempoh yang agak lama.

Pasangan terbabit dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.

Bagaimanapun, prosiding sulh pertama pada 11 April lalu yang tidak dapat diselesaikan selepas Diana tidak hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2023 @ 11:35 AM