Pelakon dan pelawak, Yassin Senario pada majlis berbuka puasa sempena Malakat Raya Fest di Malakat Mall. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Pelakon dan pelawak, Yassin Senario pada majlis berbuka puasa sempena Malakat Raya Fest di Malakat Mall. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Pelawak popular, Yassin Yahya, 44, mahu membantu rakan-rakan artis mencari rezeki berniaga sepanjang Ramadan ini selepas dilantik sebagai wajah pasar raya Malakat Mall, Cyberjaya, baru-baru ini.

Yassin berkata, walaupun tawaran datang pada saat akhir, dia tetap menyambutnya sebagai cabaran atas niat mahu membantu rakan-rakan artis menambah pendapatan selain membuat kerja amal.

"Mereka akan buka gerai jualan sempena Aidilfitri nanti. Peranan saya ialah mengadakan promosi agar pengunjung datang," katanya.

Yassin mengakui bukan mudah mengajak pengunjung membeli-belah di situ tetapi dia berjanji akan memberikan yang terbaik.

"Kelebihan yang saya ada adalah mempunyai ramai kenalan artis di mana saya meminta kerjasama mereka untuk membuat video dan promosi," katanya.

Dalam masa sama, Yassin bersyukur dengan sokongan artis lain dalam program yang dianjurkan seperti Ifa Raziah yang tampil membantu sebagai pengacara.

Yassin berkata, antara artis yang berniaga di pusat beli-belah itu ialah Zahid AF, Shahshic Lewan dan ramai lagi yang menjual barangan Aidilfitri seperti baju, tudung, biskut raya dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 4:12 PM