RAKAMAN menunjukkan pembantu rumah Sharifah Zarina melarikan diri.
RAKAMAN menunjukkan pembantu rumah Sharifah Zarina melarikan diri.
Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: "Tak tahulah nak marah ke nak gelak. Ambil pukul 10 malam tadi...pukul 4 pagi udah kabur (lari) deh...

"Mau kemana kamu? Udah ada yang nungguin (menunggu) ya? Tak apalah bukan rezeki saya. Harap-harap tak adalah apa-apa barang yang dicuri."

Demikian perkongsian penyanyi Sharifah Zarina di media sosialnya mengenai pembantu rumah bernama Laila Arafa yang baru diambilnya yang bertindak 'lari tengah malam'.

Bagaimanapun penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini lega kerana kejadian berlaku tanpa dia sempat membuat bayaran kepada agensi pekerja asing.

"Nasib baik. Kalau tak... memang naya dibuatnya. Saya upkan (kongsikan) ini untuk peringatan pada semua mana tahu kalau dia muncul untuk jadi pembantu rumah di rumah anda.

"Jadi berhati-hatilah. Susah sungguh nak ambil pembantu rumah sekarang ye. Gaji RM1,500 (permulaan) pun nak lari. Lepas tiga bulan naik lagi gajinya. Dah la saya ini bukannya ada anak kecil. Semua dah besar buat hal masing-masing.

"Saya cakap kat dia sapu rumahnya seminggu sekali cukup. Cuci toiletnya seminggu dua kali aja ya udah. Jangan fikir-fikir sangat buat kerja rumah," katanya.

Sharifah Zarina berkata, dia juga sudah maklumkan kepada wanita terbabit sekiranya tidak serasi bekerja agar memberitahunya supaya dia dapat memulangkan semula kepada agensi seberapa segera.

"Tapi dia tetap juga nak lari pada subuh hari. Agaknya kamu nak ditularkan. Terima kasih ya transit di rumah saya. Oh...tuala saja dia kebas (curi) setakat ini," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2023 @ 1:35 PM