Shila Amzah
Shila Amzah
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: "Ahli keluarga termasuk adik-beradik lain semua okey dengan dia. Kalian jangan cakap tak direstui atau apa-apa," kata penyanyi Shila Amzah susulan pertanyaan seorang pengikut di TikTok sama ada hubungannya dengan pempengaruh TikTok, Ubai direstui ahli keluarga atau sebaliknya.

Shila berkata, dia berharap orang luar tidak perlu khuatir mengenai hubungan istimewa mereka kerana dia sudah mampu melakukan keputusan sendiri.

"Mungkin hubungan yang sebelum ini ada sebabnya kenapa mereka (ahli keluarga) tak suka.

"Tapi semuanya sudah berbeza sekarang. Saya sudah mampu urus dan membuat keputusan sendiri. Jadi jangan risau," katanya.

Menurut Shila, Ubai mula mendekatinya secara serius selepas dia disahkan bercerai dengan bekas suaminya tahun lalu dan mengakui mereka kini saling mengenali.

Terdahulu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan Shila.

Pendedahan itu dibuat Ubai dan Shila selepas melakukan sesi siaran langsung di TikTok, semalam.

Untuk rekod, Shila bercerai talk satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 4:31 PM