Aishah (kiri) dan abangnya, Afiq Muiz.
Aishah (kiri) dan abangnya, Afiq Muiz.
 Zaara Talita


Kuala Lumpur: "Siapa kena pukul? Awak atau abang saya? Suka cederakan diri sendiri dan memanipulasi mengatakan abang saya pukul awak. Jangan macam tu, saya tahu A hingga Z apa awak buat dengan abang saya. Allah Maha Besar".

Demikian luahan pelakon Aishah Azman menyangkal dakwaan isteri abangnya, Afiq Muiz iaitu Pachara Pain sebagai seorang kaki pukul.

Malah, pelakon wanita itu turut mendakwa Pachara yang juga seorang pelakon sengaja mahu memanipulasi kenyataannya untuk memalukan keluarga mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Aishah membidas dakwaan yang dilemparkan terhadap abangnya itu.

Terdahulu, Pachara menerusi laman Facebook dan TikTok miliknya mendedahkan Afiq ada mengasarinya sehingga membuatkan kaki serta jarinya patah.

Menerusi perkongsian sama, Aishah turut mendedahkan sikap Pachara yang didakwa menderhaka kepada Afiq, biarpun mereka masih lagi sah sebagai suami isteri. Katanya, jangan dengar sebelah pihak dan dia tahu apa yang wanita itu buat.

"Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi kelab, duduk serumah dengan suami orang walaupun berstatus isteri pada abang saya. Tapi, manipulasi cerita yang awak dah bercerai dengan abang saya, jangan sebarkan fitnah.

"Jangan cuba untuk memburukkan nama baik keluarga saya. Jika ada lagi kata-kata berbaur fitnah keluar dari pihak awak, saya dan keluarga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap awak dan kuncu-kuncu awak. Jangan lupa, negara kita ada undang-undang," tulisnya.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2022 @ 12:20 PM