MICHAEL Ang. FOTO Arkib NSTP
MICHAEL Ang. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: "Sekadar di TikTok, YouTube, Instagram tu untuk dikutuk! Malu dik. Nampak bodoh sangat buat 'claim' macam tu."

Demikian sindiran pengarah Michael Ang menerusi hantaran dimuat naik di Instagram.

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak, hantaran itu muncul susulan kenyataan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwa dirinya penyanyi nombor satu negara selepas video muzik lagu Baby Sayang 'trending' nombor satu di YouTube.

"'Posting' ni sekadar info saja ya. Kalau termakan cili awak akan rasa 'posting' ni pasal awak ok. So adik adik sila baca betul-betul sebelum mengutuk ya.

"Kalau trending nombor di Spotify ka, di radio ka, Apple Music ka, baru awak penyanyi nombor satu negara ya," katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Aliff Syukri menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara kerana kesemua 10 lagu pernah dihasilkannya selama ini sentiasa 'trending' di YouTube.

Aliff Syukri berkata, dia mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa 'trending' di platform digital.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 4:13 PM