Harry Styles
Harry Styles
Agensi

London: Penyanyi, Harry Styles memecahkan rekod, Guinness World Record menerusi lagu berjudul As It Was apabila karya itu distrim dengan jumlah terbanyak di Spotify dalam masa 24 jam untuk kategori penyanyi lelaki.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Guinness, As It Was yang dilancarkan pada 1 April distrim lebih 16 juta kali di 34 negara termasuklah Amerika Syarikat.

Selain itu, lagu sama juga mencatat rekod apabila menjadi lagu yang paling banyak distrim dalam tahun 2022.

As It Was adalah single pertama daripada album terbaharunya, Harry's House yang akan dilancarkan pada 20 Mei.

Harry's House menjadi album solo ketiganya selepas keluar daripada kumpulan One Direction.

Di YouTube, video muzik As It Was yang mengambil inspirasi daripada gaya tahun 1970-an kini sudah ditonton lebih 64 juta tontonan.

Selain Style, penyanyi, Adele memegang rekod sama dalam kategori penyanyi wanita menerusi lagu Easy On Me yang mencatat jumlah strim sebanyak lebih 19 juta kali di Spotify dalam sehari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 3:22 PM