ED SHEERAN cipta rekod baharu menjadi artis paling banyak didengari iaitu lebih 69 juta pendengar bulanan di Spotify.
ED SHEERAN cipta rekod baharu menjadi artis paling banyak didengari iaitu lebih 69 juta pendengar bulanan di Spotify.
Georgie Joseph


KOMPOSER dan penyanyi Ed Sheeran mencipta rekod baharu menjadi artis paling banyak didengari iaitu lebih 69 juta pendengar bulanan di platform penstriman muzik Spotify.

Rekod berkenaan tercipta secara kebetulan dengan pelancaran album baharunya yang berjudul No. 6 Collaborations Project.

Album itu menampilkan ramai nama besar yang turut bekerjasama dengannya termasuklah Justin Bieber, Eminem, Cardi B, 50 Cent, Stormyz dan ramai lain.

Terdahulu, penyanyi lagu Perfect itu pernah mencipta rekod penstriman tertinggi untuk album di Spotify menerusi albumnya ÷. Album terbabit mendapat 56 juta penstriman pada hari pertama dilancarkan menerusi Spotify.

Tidak ketinggalan, lagu Shape of You yang turut dimuatkan dalam album terbabit mencipta rekod lagu paling tinggi penstriman dalam sehari iaitu lebih 10 juta.

Kejayaan itu turut diulangi menerusi album No. 6 Collaborations Project di mana lima lagunya termasuk dalam Top 10 penstriman tertinggi sebaik dilancarkan.

Single kerjasama bersama Justin Bieber berjudul I Don’t Care juga menjadi lagu kedua paling tinggi penstriman di Spotify di seluruh dunia selepas dilancarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2019 @ 8:26 PM