Shahora bersama arwah ayahnya.
Shahora bersama arwah ayahnya.
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Bapa pelakon Sharifah Shahora iaitu Syed Akil Syed Alwee meninggal dunia pada petang, hari ini.

Shahora dalam hantaran di Facebook berkongsi mengenai berita duka itu beserta maklumat ringkas.

"Assalamualaikum, kepada kaum kerabat, sahabat handai yang mengenali abah saya Syed Akil Syed Alwee, beliau sudah kembali kepada-Nya jam 4 petang tadi di Shah Alam. 

"Mungkin ada yang kami tak dapat beritahu semua buat masa ini. Diharapkan dapat doakan Allahyarham abah saya diletakkan di tempat orang yang beriman," tulisnya. 

Hantarannya itu turut diiringi dengan foto tangan bapanya yang digenggam berserta surah Al-Fatihah. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 9:30 PM