ARIL sekeluarga disahkan positif Covid-19. 
ARIL sekeluarga disahkan positif Covid-19. 
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, isteri, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin dan anak mereka, Tun Adriel Mikael disahkan positif Covid-19. 

Menerusi hantaran di Instagram, Aril berkongsi tarikh dia, isteri dan anaknya disahkan dijangkiti wabak itu berserta gambar kit ujian kendiri Covid-19.

"Maafkan kami, saya tewas 23 Februari, isteri saya tewas 28 Februari dan anak saya tewas 26 Februari. Ya, Covid-19 itu benar dan kami sudah melaluinya," tulisnya. 

Dalam hantaran sama, Aril juga memohon agar pengikut dan peminatnya mendoakan kesejahteraan keluarganya. 

"Dengan rendah hati, kami sekeluarga memohon anda semua mendoakan kesihatan keluarga kami dan semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

"Semoga kita semua terhindar dari segala penyakit merbahaya. Amin," tulisnya. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Februari 2022 @ 2:34 PM