Michael Ang.
Michael Ang.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit, Michael Ang tidak berniat menyindir mana-mana pihak apabila tampil dengan single berjudul Cinta Atau Propa.

Michael berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pihak mungkin tersinggung dengan lagu berkenaan.

Baginya, setiap individu berhak untuk membuat interpretasi sendiri dengan single sulungnya itu.

"Saya tidak tujukan lagu ini kepada sesiapa dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun. Mesej lagu ini khas buat pekerja-pekerja saya dan berkisar mengenai kehidupan peribadi sendiri.

"Jadi, kalau ada yang tersinggung, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Malah, Datuk Seri Vida juga turut bertanya ketika 'live' sama ada lagu ini buatnya? Untuk apa saya mencipta lagu sekadar memperli?

"Saya pernah cakap pada diri sendiri sebelum ini bahawa menyanyi adalah satu-satunya perkara yang saya tidak akan buat kerana langsung tidak yakin dengan suara sendiri. Namun, nampaknya sekarang hanya tinggal dua lagi perkara yang saya ingin buat (tulis lagu dan lirik) selepas ini," katanya.

Michael mengakui, suaranya mungkin tidak sesedap seperti suara penyanyi profesional, tetapi dia mengambil keputusan untuk merakamkan lagu itu kerana mahu mencabar diri selain menguji tahap kemampuannya.

Cinta Atau Propa dicipta Killa Driz dan diterbitkan Hafiz Hamidun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 January 2022 @ 4:17 PM