WANI Kayrie.
WANI Kayrie.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "'Self reward' untuk 2022," kata penyanyi dan pelakon Wani Kayrie yang berjaya membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000.

Wani, 22, atau nama sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah berkata, dia sudah lama mengidamkan memiliki kereta sendiri.

Menurut Wani, kereta itu juga dibeli hasil titik peluh bekerja dari pagi pulang pagi.

"Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini. Saya sudah lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Sebelum ini sudah ada kereta lain, tapi itu lebih pada kereta keluarga.

"Nak beli kereta ini bertahun juga saya kumpul duit. Syukur, ini semua titik peluh kerja pagi balik pagi, kerja 'back to back' sampai sakit.

"Semoga dengan hadiah ini menjadikan saya lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Sesungguhnya, percayalah pada proses kehidupan yang indah," katanya kepada Harian Metro.

Wani berkata, di sebalik kejayaan dikecapi dalam kerjayanya terselit doa daripada semua peminat.

"Kereta ini sudah ambil seminggu lalu. Tapi, disebabkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan dengan banjir melanda, saya nak menghormati semua. Itu yang saya muat naik hari ini sempena tahun baharu ini.

"Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan saya, terselitnya doa daripada anda semua. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 3:01 PM