Hanis Aliaa Hidzir

BUAT penggemar filem aksi jenayah, tonton CINEMA menampilkan filem aksi dari Korea Selatan berjudul 'On The Line' yang bakal membuatkan penonton teruja dan tidak senang duduk.

Filem arahan Kim Gok dan Kim Sun ini dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Byun John (The Book of Fish), Kim Moo-Yeol (The Gangster, The Cop, The Devil) dan Park Myung-Hoon (Parasite).

'On The Line' berkisarkan tentang seorang bekas detektif dan mangsa penipuan pancingan data suara yang berusaha mencari sindiket penipuan bagi mendapatkan kembali wangnya.

Filem ini juga pasti tidak akan mengecewakan penonton apabila menampilkan perspektif kedua-dua dunia penjenayah dan apa yang dilalui oleh mangsa penipuan.

Adakah mereka akan dapat kembali apa yang mereka mahukan? Dapatkah mereka bertahan atau binasa dalam dunia penipuan?

Saksikan 'On The Line' di cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton dan langgan filem aksi hebat ini dengan harga hanya RM15 sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 10:28 AM