PUTRI Qaseh. FOTO Arkib NSTP
PUTRI Qaseh. FOTO Arkib NSTP
Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Hanya dengan dialog "Dia dah sampai" dan "Bila bulan mengambang, kau semua akan mati," berjaya meletakkan Putri Qaseh Izwandy sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini malam ini.

Putri Qaseh, 13, mengakui terkejut dengan kemenangannya menerusi filem Roh dan tidak tahu menahu berkenaan pencalonan ini.

"Saya hanya datang untuk beri sokongan terhadap FFM31 dan terkejut apabila tiba-tiba diumumkan sebagai pemenang.

"Mungkin saya dipilih oleh juri kerana bakat yang ada pada saya dan ini terus mendorong saya untuk buat yang lebih baik selepas ini," katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Putri Qaseh berkata, dia kini sedang terbabit dengan penggambaran dua drama untuk RTM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 10:33 PM