Sahabat baik, Aziz (dari kiri), Afdlin (tengah) dan Allahyarham Mamat
Sahabat baik, Aziz (dari kiri), Afdlin (tengah) dan Allahyarham Mamat
Wartawan Harian Metro


Kuala Lumpur: Pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mula berkongsi rasa rindu terhadap sahabatnya, Allahyarham Mamat Khalid yang meninggal dunia pada tengah malam Sabtu lalu.

Dalam hantarannya di Instagram dan Facebook, Afdlin memuat naik gambarnya bersama Mamat dan seorang lagi sahabat juga pelakon dan pengarah, Aziz M Osman.

"Three Stooges sekarang jadi dua saja. Rindukan kau Mamat. Al-Fatihah," tulisnya ringkas dalam ruangan keterangan.

Sementara itu, Aziz turut menzahirkan rasa rindunya kepada Allahyarham Mamat dengan memuat naik gambar arwah di akaun Twitternya, semalam.

Bersama-sama gambar Mamat yang tampil dalam keadaan tersenyum dan memakai tanjak itu, Aziz menulis keterangan ringkas luahan isi hatinya.

"Mat, aku tak akan boleh jadi macam kau," tulisnya dan disertakan dengan tanda pagar #mamatkhaliddalamkenangan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai pengarah, Azman Yahya atau Jinggo membayangkan pengarah popular, Aziz paling layak untuk menyambung dan menyelesaikan karya besar Mamat yang belum sempat disiapkan.

Selain Aziz, Jinggo juga memberi pandangan terhadap bakat seni anak Allahyarham yang baginya layak untuk menyambung legasi ditinggalkan itu.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 10:26 PM