Zaskia bersama suami, Sirajuddin.
Zaskia bersama suami, Sirajuddin.
Agensi

Jakarta: Gosip berkenaan rumah tangga penyanyi Zaskia Gotik dengan suaminya Sirajuddin Mahmud kini hangat mengatakan ia sedang berantakan.

Bagaimanapun, ia dinafikan keluarga mereka yang menegaskan bahawa perkara itu tidak benar. Sirajuddin pula tidak banyak bercakap mengenai gosip rumah tangganya dengan penyanyi lagu Satu Jam Saja itu.

Sebaliknya, dia hanya memuat naik gambar bersama isterinya dan gambar keluarga.

Dalam keterangan gambarnya, dia memberikan pujian kepada Zaskia.

"Bidadari syurgaku," tulisnya yang disertakan emoji hati.

Warganet turut mendoakan rumah tangga pasangan ini kekal selamanya.

Terdahulu, punca keretakan rumah tangga mereka dikatakan kerana Sirajuddin kerap mengunjungi kediaman bekas isterinya, Imel Putri Cahyati.

Bagaimanapun, pihak keluarga mereka menjelaskan kunjungan ini berkaitan anak mereka. Malah, Zaskia juga turut bersama suaminya ketika itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Oktober 2021 @ 11:03 AM