Angelina Jolie (kiri) dan The Weeknd. FOTO AGENSI
Angelina Jolie (kiri) dan The Weeknd. FOTO AGENSI
Agensi

 

Los Angeles: Desas-desus percintaan pelakon Angelina Jolie, 46, dan penyanyi The Weeknd, 31, semakin hangat diperkatakan selepas mereka dilihat berdua-duaan di restoran Giorgio Baldi, di sini, semalam.

Mereka dilaporkan menikmati makan malam di sebuah ruangan tertutup dalam restoran Itali mewah itu selama lebih dua jam.

Terdahulu, Jolie dan The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye sampai ke restoran itu secara berasingan. Bagaimanapun, mereka tidak ragu-ragu untuk keluar bersama.

Secara kebetulan, pasangan terbabit juga pernah dilihat berada di restoran sama pada 30 Jun lalu. 

Pada 10 Julai, gambar mereka berdua dirakam sewaktu menghadiri sebuah konsert tertutup.

Jolie pernah berkahwin dengan pelakon Brad Pitt namun memfailkan cerai pada 2016. Manakala The Weeknd sebelum ini dilaporkan pernah menjalin cinta dengan Selena Gomez dan Bella Hadid.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 September 2021 @ 11:09 AM