ZUL Ariffin.
ZUL Ariffin.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Zul Ariffin menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ke-34 tahun ini.

Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram, hari ini.

"Kepada semua peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, alhamdulillah di sini saya nak beritahu dan umumkan yang saya dah tarik diri daripada semua pencalonan ABPBH34.

"Saya sudah menghubungi pihak Berita Harian. Kepada semua calon-calon, saya ingin ucapkan semoga maju jaya dan kepada peminat yang saya cintai, rehat dengan secukupnya," katanya.

Pengumuman mengejutkan itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata sedih dengan penarikan diri Zul daripada majlis penganugerahan berkenaan.

Sepanjang pembabitan Zul dalam industri seni, jejaka tampan itu pernah merangkul beberapa trofi di ABPBH antaranya Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH30, Pasangan Serasi Filem (ABPBH31) dan Gandingan Serasi Di Layar (ABPBH28).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 4:06 PM